Followers

Saturday 22 September 2012

just smile ..


assalamualaikum ahli blog semua ..

lama tak update blog,blog pun dah berabuk teruk ..
oke iman harap korang enjoy baca blog iman ..
kalau iman salah taip ,salah bahasa , iman mintak maaf sangat-sangat oke..

Enjoy your life and be happy. Being happy is of the utmost importance. Success in anything is through happiness. More support of nature comes from being happy. Under all circumstances be happy, even if you have to force it a bit to change some long standing habits.

Just think of any negativity that comes at you as a raindrop falling into the ocean of your bliss. You may not always have an ocean of bliss, but think that way anyway and it will help it come. Doubting is not blissful and does not create happiness. Be happy, healthy and let all that love flow through your heart..




enjoy your life right ..


sediakan tisu ..


Assalamualaikum semua…
post ni merupakan satu cerita yang agak sedih..ya..kasih ibu amat besar..lebih besar daripada segalanya, lebih berharga daripada nilai gaji yang kita perolehi..tetapi mengapa kita perlu jadi sedemikian rupa…bacalah dengan teliti cerita ini…hergailah mereka selagi kita masih punyai…kini c.z hanya mempunyai ibu sahaja…dan cz memang SAYANGKAN DIA…..



Pada suatu hari, seorang pemuda yang bernama Faizal terlibat dalam kemalangan. Dia dilanggar oleh sebuah teksi di sebatang jalan raya.
Akibat daripada kemalangan itu dia cedera parah. Kepalanya luka, tangannya patah dan perutnya terburai. Setelah dibawa ke hospital, doktor mendapati keadaannya terlalu teruk dan menjangkakan dia tidak ada harapan lagi untuk hidup. Ibunya, Jamilah segera dihubungi dan diberitahu tentang kemalangan yang menimpa anaknya.
Hampir pengsan Jamilah mendengar berita tentang anaknya itu. Dia segera bergegas ke hospital tempat anaknya dimasukkan.Berlinang air mata ibu melihat keadaan anaknya. Walaupun telah diberitahu bahawa anaknya sudah tiada harapan lagi untuk diselamatkan, Jamilah tetap tidak henti-henti berdoa dan bermohon kepada Allah agar anaknya itu selamat.
Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, keadaan Faizal tidak banyak berubah. Saban hari Jamilah akan datang menjenguk anaknya itu tanpa jemu. Saban malam pula Jamilah bangun untuk menunaikan solat malam bertahajjud kepada Allah memohon keselamatan anaknya. Dalam keheningan malam, sambil berlinangan air mata, Jamilah merintih meminta agar anaknya disembuhkan oleh Allah.
Ini adalah antara doa Jamilah untuk anaknya itu ;
”Ya Allah ya Tuhanku, kasihanilah aku dan kasihanilah anak aku. Susah payah aku membesarkannya, dengan susu aku yang Engkau kurniakan kepadaku, aku suapkan ke dalam mulutnya. Ya Allah, aku pasrah dengan apa jua keputusan-Mu! Aku redho dengan qada’ dan qadar Mu yaa Allah.”
”Yaa Allah, dengan air mataku ini, aku bermohon kepadaMu, Engkau sembuhkanlah anakku dan janganlah Engkau cabut nyawanya. Aku sangat sayang kepadanya. Aku sangat rindu kepadanya. Susah rasanya bagiku untuk hidup tanpa anakku ini. Terngiang-ngiang suaranya kedengaran di telingaku memanggil-manggil aku ibunya.”
“Ya Allah, tidak ada Tuhan melainkan hanya Engkau saja. Tunjukkanlah kuasa Mu ya Allah. Aku reda kalau anggota badanku dapat didermakan kepadanya agar dengannya dia dapat hidup sempurna kembali.”
“Ya Allah, aku redho nyawaku Engkau ambil sebagai ganti asalkan Engkau hidupkan anak kesayanganku. Engkaulah yang Maha segala hal, berkat kebesaran Mu ya Allah, terimalah doaku ini….aamiin”.
Keyakinan Jamilah terhadap kuasa Ilahi sangat kuat walaupun tubuh badan anaknya hancur cedera dan dikatakan sudah tiada ada harapan lagi untuk hidup. Namun, Allah benar-benar mahu menunjukkan kebesaran dan kekuasaanNya.
Setelah 5 bulan terlantar, akhirnya Faizal menampakkan tanda-tanda kesembuhan dan akhirnya dia sembuh sepenuhnya. Berkat doa seorang ibu yang ikhlas.
Faizal dapat meneruskan hidupnya hingga berumahtangga dan beranak-pinak. Ibunya, Jamilah semakin hari semakin tua dan uzur.
Suatu hari, Jamilah yang berusia hampir 75 tahun jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital. Pada mulanya, Faizal masih melawat dan menjaga ibunya di hospital. Tetapi semakin hari semakin jarang dia datang menjenguk ibunya hinggalah pada suatu hari pihak hospital menghubunginya untuk memberitahu keadaan ibunya yang semakin teruk.
Faizal segera bergegas ke hospital. Di situ, Faizal dapati keadaan ibunya semakin lemah. Nafas ibunya turun naik. Doktor memberitahu bahawa ibunya sudah tidak ada masa yang lama untuk hidup. Ibunya akan menghembuskan nafasnya yang terakhir pada bila-bila masa saja.
Melihat keadaan ibunya yang sedemikian dan kononnya beranggapan ibunya sedang terseksa, lantas Faizal terus menadah tangan dan berdoa seperti ini;
“ Yaa Allah, seandainya mati lebih baik untuk ibu, maka Engkau matikanlah ibuku! Aku tidak sanggup melihat penderitaannya. Yaa Allah, aku akan redho dengan pemergiannya…Aamin.”
Begitulah bezanya doa ibu terhadap anak dan doa anak terhadap orang tuanya. Apabila anak sakit, walau seteruk mana sekalipun, walau badan hancur sekalipun, walau anak tinggal nyawa-nyawa ikan sekalipun, namun ibu bapa akan tetap mendoakan semoga anaknya diselamatkan dan dipanjangkan umur.
Tetapi anak-anak yang dikatakan ‘baik’ pada hari ini akan mendoakan agar ibu atau bapanya yang sakit agar segera diambil oleh ALLAH, padahal ibu bapa itu baru saja sakit. Mereka meminta pada Allah agar segera mematikan ibu atau bapanya kerana kononnya sudah tidak tahan melihat ‘penderitaan’ ibu bapanya.
Anda bagaimana? Apa doa anda untuk ibu bapa anda?

see in my pocket..


boyfriend : awak .. cuba tutup mata awak .. saya nak bagi hadiah ..

girlfrend : hadiah? .. ok ..
boyfriend : ok .. cuba tengok ni .. saya belikan patung beruang untuk awak ..
girlfriend : awak ! saya tak nak patung beruang .. saya nak cincin hubungan kita !
( sambil membaling patung beruang itu di jalan raya )

lelaki itu pun terus berlari dan mendapatkan patung itu balik dan berada dalam gengamannya .. tiba-tiba sebuah bas meluru ke arah lelaki tersebut dan badannya di gilis sehingga lelaki tersebut tidak berdaya untuk bergerak .. lalu perempuan tersebut menjerit .. dalam keadaan yang bergegas .. perempuan mengambil patung di tangan lelaki tersebut dan tiba-tiba patung itu berkata ..

' you .. see in my pocket.. '

dan terlihatnya satu cincin yang sangat cantik .. dan patung itu terus berkata .. will you marry me ?? ..di saat itu .. mengalirnya air mata perempuan tersebut ...tetapi sudah terlambat untuk menyesal ... kerana lelaki tersebut sudah pun pergi untuk selama-lamanya ..



wahai si adam ..


‎’Wahai Adam, jangan pernah segan menegurku bila aku salah di matamu. Kerana sesungguhnya Allah membentuk hatiku dari daging yang paling lembut agar ku mudah tersentuh dengan segala nasihat. Mataku begitu mudah menangis dengan sentuhan sedikit saja. Namun ingatlah adam, aku hawa dari tulang rusukmu yang paling bengkok, maka fitrahku memang untuk bengkok, maka jgn memaksa untuk meluruskanku, kerana kau akan menemukanku patah,sekali ku patah tak akan mampu kau sambung lagi. Namun, jangan pula membiarkanku terus dalam keadaan bengkok, tapi cubalah meluruskanku dengan hikmah dan bijaksana. Maka kau pun akan menemukanku lurus bahkan mampu mengukuhkanmu..’

“Hendaklah kamu menasihati para wanita dengan sebaik mungkin, kerana sesungguhnya wanita itu dijadikan daripada tulang rusuk, sesungguhnya bahagian yang paling bengkok pada tulang itu ialah yang di sebelah atasnya; apabila kamu mahu meluruskannya patahlah ia, dan sekiranya kamu membiarkannya kekallah ia dalam keadaan bengkok. Oleh itu tolonglah kamu nasihati para wanita dengan sebaik-baiknya.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim dan Abu Hurairah) ..



Thursday 19 July 2012

puasa - puasa

hey awak semua ..
just want say :  SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK ..

Setahun sekali aku bertemumu wahai Ramadhan. Keindahan dan kedamaian sepanjang waktu yang kau bawakan banyak meninggalkan kesan di hati dan merubah banyak gelora amarah yang tidak menentu. Kami bersatu di bawah satu payung. Satu dunia bersamamu Ramadhan. Datangmu amat dialu-alukan. Pergimu, membuatkan kami teruja menyambut Syawal tanda kesyukuran dapat bersamamu selama sebulan...




Dikesempatan ini, iman doakan agar seluruh umat Muhammad s.a.w dapat bersama menunaikan ibadah yang terkandung sejuta kemanafaatan kepada kita semua dan iman ingin memohon seribu kemaafan kepada semua pembaca blog ini sekiranya iman ada tersalah bicara atau pun segala kekurangan iman selama ini..

Mudah-mudahan Ramadhan tahun ini dapat kita tunaikan dengan penuh kesabaran..

Jangan ponteng puasa dan jangan lupa terawih oke ..
Selamat Menjalani Ibadah Puasa kawan-kawan iman ..
oke bubye ..



Saturday 12 May 2012

Ipoh Street Fashion Show ..

hi u all .
korang sihat tak ?
lama tak sembang-sembang dengan korang ..
rindu pula rasa nya ..
hihihi

time Ipoh Street Fashion Show and catwalk ..

oke malas nak upload picture banyak ,nanti ada pula si fake ..







Thursday 5 April 2012

tak tahu nak cakap apa ..

assalamualaikum awak-awak semua ^-*




masih ada lagi erk perempuan macam ni ,ingat kan lelaki je selalu buat macam ni tapi perempuan pun ada ..
ish3 ..
nasib lah iman (iman) ni kuat ..
kalau tidak ? 
tak pasal-pasal je dapat baby ..
hihihihihi ..

selalu biasa kita dengar chat-chat macam ni lelaki je yg selalu buat tapi kali ni perempuan ,dunia-dunia dah akhir zaman ni ..


sekarang kita nak salah kan siapa ? 
Mak bapak yang tak pandai ajak anak, mak bapak yang selalu busy, cikgu yang dah terikat kaki tangan, kerajaan ? 
Entah lah..
cakap salah tak cakap pun salah juga ..

k lah bubye ..

Sunday 1 April 2012

suka suka

hi anda semua ..

                                                                            hana tajima

kalau korang nak tahu ,iman paling suka perempuan dress up macam gambar di atas ..
cantik je mata memandang ,lagi-lagi pakai tudung yang jenis styles styles memang comel lah kan ..
kalau bawah pergi jumpa ibu iman,confirm di lulus sepenuh nya ..
ni lah gadis idaman iman yang sebenar-benar nya ..
hana tajima tetap di hati  ..
hihihihi ..

k lah, bubye

Tuesday 27 March 2012

update

hi u all .
lama tak update blog ..

rambut iman dah nak panjang ,yeah lepas ni boleh lah buat
rambut baru ..
kalau keluar je,mesti iman jeles tengok hairstyles cina-cina ..
semua nya jambu-jambu ,iman keluar dengan hairstyles pendek ..
sosad :')

tapi tak ape , rambut iman pun dah nak panjang ..
nak buat hairstyles macam mana pula erk ??
so tunggu jela rambut baru iman k ..

hidup ni cuma sekali so ??
 kita enjoy !

 apa lah yang iman merepek ni ..
hihihi dah-dah abaikan je k ..


 k bubye

Thursday 8 March 2012

ni cerita 2011 ,time di plkn !!!

plkn jahat !!!

 satu hari di plkn mum iman call iman ,
cakap nak datang amek iman dekat plkn sebab nenek iman tengah sakit teruk ..

 mum iman pun datang lah pagi-pagi plkn nak amek iman ..
dah sampai plkn ,mum iman pun  jumpe cikgu ,cakap nak bawah balik iman sebab nenek iman sakit teruk ..
 so cikgu plkn cakap apa tahu ???
                                                           
tuan ,iman tak boleh balik ..
 kalau nenek sakit ,kami tak membenarkan balik ..
 kalau ibu iman sakit ,abang iman sakit ,kakak iman sakit  , ayah iman sakit je ,kita orang kasi balik ..

 kalau nenek sakit memang tak boleh balik ,kami ikut peraturan tenteran...
 mum ha ??? iman bukan tentera yang kena ikut peraturan tu ..
  tolong lah,nenek iman tengah sakit teruk tu ..
             
sorry tuan,iman tak boleh balik ..
mum iman pun mood low , pastu mum iman pun balik ipoh balik ...

ayah iman punya lah bengang dengan cikgu plkn sebab iman tak boleh balik ..
 "kalau ayah tahu macam ni,jangan harap ayah bagi kamu pergi plkn tu" ..
 "apa punya PLKN sampai NENEK meninggal pun tak boleh balik"


                                                                             *malam tu *

 lepas iman sembahyang maghrib dekat surau plkn ,tibe-tibe kakak iman call ..
iman pun angkat lah ,pastu kakak iman cakap "nenek dah tak ada"  hmm :'( ..
pastu kakak iman suruh iman bagi fon dekat cikgu plkn,sebab kakak iman nak cakap dengan cikgu plkn ..

so iman pun bagi dalam bad mood ,cikgu kakak saya nak cakap dengan cikgu ..
kakak iman pun try mintak lagi dekat cikgu nak bawah iman balik ..
so cikgu plkn cakap oke boleh ..
tapi cuti cuma tiga hari je pastu datang kem semula ..
iman pun siap-siap barang nak balik ..
           
dah siap-siap barang n cikgu mintak nama penuh nenek iman,sebab nak buat tahlil sikit ..
dalam pukul 12.00 tengah malam kakak iman pun sampai dengan mum iman ..
pastu terus pergi rumah nenek iman ..

al - fatihah      

                                                           
                                                                    dah settle pasal tu ..


mum iman cakap ,NENEK kamu dah meninggal baru bagi balik ..
apa punya PLKN ENTAH !!!
lepas ni ,kalau anak-anak mum dapat PLKN ,JANGAN PERGI DAH !!!


k lah sampai di sini je nak cerita ..
bubye >,<

Tuesday 28 February 2012

ujianmu






Ya Allah, dunia yang Engkau hamparkan ini indah, tetapi durinya sering menusuk. Nikmat yang Kau berikan takkan dapat untukku menghitungnya. Tetapi ya Allah, hambaMu ini sering alpa dan lena dek buaian mimpi yang tak sudah. Ya Allah, ujian yang Engkau berikan terasa begitu memeritkan, kadangkala ianya menguji kesabaran dan keimananku yang terkadang nipis, senipis kulit bawang. Ya Allah, jika ini ujian yang pantas untukku lalui, bantulah saya. Agar saya tidak tersasar dari jalanMu. Agar saya bisa bersyukur dengan ujianMu ini ya allah ..

Friday 24 February 2012

haiyaa

awak awak
saye nak tahu boleh,
saye niey sape erk dengan awak ?


1-friend
2-best friend forever
3-just tempat boring awak
4-boy friend

1 or 2 or 3 or 4 ??



Monday 13 February 2012

bosan ..

 bosan takde sape yang nak dikacau,

dulu hari-hari phone bunyi, but now ??
entah lah..

phone pun dah lame tak bunyi ..
kalau bunyi pun tak bukan maxis yang hantar ..
kalau ada girlfriend boleh jugak call or mesej tapi girlfriend pun takde ..
cewahh .haha.
bosan bosan dan bosan bosan ..

dah lah ..
bubye ..

Thursday 9 February 2012

cuti-cuti malaysia..

first pergi taman buaya..
sebelum niey hari-hari bercuti dekat melaka tapi tade niat pun nak pergi ..
tapi kali niey terpergi pulakk taman buaya,
hihihi..
taman buaya ?
boleh lah best..
buaya-buaya pun besar jugak,
tapi paling seram buaya niey :



                                              pergghh memang dekat giler buaya niey dengan iman ..
                                                    dah lah muka macam nak makan orang je ..
                                                                 

                                                   niey pulak buaya-buaya yang cedoi-cedoi ..
                                                                            hihihihi




                                                                  ,,.....,,...,,...,,...,,..,,



                                                            ni pulak si kecik iman
                                       si kecik ni dah berape puluh kali datang tapi tak jemu-jemu ..
                                                           si kecik ni tak jemu sebab ?
                                                        ade tempat mandi dan tempat main ..


k sampai disini je lah erk ..
bubye ..

Kem PLKN sentosa chenderiang , tapah ..siri 8 kump 3 ..

                                       assalamualakum,niey nak story sikit lha kat plkn..
                          mule-mule sampai jew kem plkn,semua tengok iman lain macam jew, 
                      iman pun buad tataw jela..pastu sampai tempat nak daftar jew,
                                    cikgu-cikgu tengok iman n cakap "eee comel nyee " 




                                                 time tu memang segan gila kot
                             budak-budak lain tengok jew bile cikgu cakap macam tu kat iman.
                         lepas daftar pergi mamam pastu pergi amek baju loreng n baju ape tah lah..
                    dah amek barang pergi naik dorm,yallah penat gila nak naik dorm tu,
                                 walau pun penat terpakse jugak lah naik kan hmm..
                                                lepas naik kemas-kemas barang..




                                     pastu lepak dengan kawan iman yang dulu satu sekolah 
,                          macam tak caye jew iman dapat satu kem dengan dia n sebelah katil lagi tu..
                                               huhuhuhu ade lah jugak geng kan..



                     pastu mula lha tgur-bertegur dengan member-member yang lain,dari situ dah                            
                                                                       mula seronok...
                                                            cikgu-cikgu p0n sempoi giler...
                          kat kem cikgu2 n member2 call iman sebagai k-pop or aiman or    iman lah..
                                                tapi memang sedih sebab hair iman kena potong :( ..
                                              tapi takpe lah,bukan selalu botak..
                                          walau apa pun member-member plkn memang best,
                                                       satu kepala kata kan..
                                        susah senang kita orang setiasa bersama..




                                             kalau takde rokok jew semua taley duk diam,
                                                      cube mencari rokok,cari-cari ade..
                                         nasib baik lah ada,yang jual rokok nye 0rang asli..


                                                0rang asli pun dah pandai cari duit ..
                                                                            hish3..




                       kalau nak rokok jew kita 0rang mule tong-tong duit pastu call dia suruh hantar,
                          si 0rang asli p0n hantar lah malam dalam pukul 10.00 pm or 11.00 pm, 
                     tapi dia hantar dekat dalam hutan,so kita 0rang niey pun pergi lah masok hutan
                                                    ,tak nak kantoi punya pasal..
            member-member iman dah masok hutan nak amek, dah amek barang pastu balik                                     
                                                                          lah ke dorm, 
              sampai jew dorm,mula lah member-member iman tadi citew masok hutan tadi   
                                                                 macam-macam dorang jumpa, 
                                   salah satu nye "lembaga hitam""potianak" dan macam-macam lah,
                                       tapi kita 0rang terus kan jugak masok hutan bile rokok dak  habis..
                                          tapi 0rang asli tu jual rokok sikit punya mahal lah,
                                            rm80..dah lah rokok murah jew jual mahal...






                                               last plkn ,iman tengok member-member iman semua sedih,
                                 bese lha kan bile dak rapat dengan member-member pastu nak tinggal plak,
                                         memang lha sedih,hmm 3 bulan kita orang bersame ,
                                                kena denda sama-sama ,tade rokok sama-sama,
                                                  semua nye sama jew lah senang citew..
                                                                 
                                                                         kenangan di plkn 
                                                              iman akan ingat sampai bile-bile ..



                                                              ade macam ustaz tak saya ?
                                                                         hihihi

                                                                 miss time niey..

                                                                     miss u all..



                                                            huhuhuhu k dah habis story..
                                                                      bubye..

raya penuh dengan s'ribu makne..

wiwit iman bangun pagi-pagi gerak kakak iman ,gerak adik iman pastu siap baju apa nak pakai,
baju raya iman tahun niey color pink,
dah siap semua n family pun dah siap dan dah balik dari sembahyang raya ,
ape lagi go to kampung lha,
sekejap-sekejap sebelum balik kampung..
iman dengan family-family iman mula lha mintak maaf satu same lain..
dah mintak maaf dekat mum dengan dad pastu dapat lha duit raya..
hihihi
pastu baru lah balik kampung..
ramai orang dekat kampung,memang best..

raya makanan utama mesti lha lemang,ketupat n kuih-kuih raya kan,
tapi lemang nenek iman memang sedap,lembut jew lemang dia ,.
rendang daging dia pun tiptop sedap..
dah sedap ape lagi,makan selagi boleh lah..
hihihihi


dah habis makan semua,mula lah pergi rumah saudara pula..
perut dah kenyang tapi nak buat macam mane saudara dah hidang lemang dengan ketupat,
terpaksa lah makan jugak..
hmm macam nak pecat perut rase nye..
hish3..


niey picture iman dengan kakak iman 




                                                                               kasut? 
                                                                        iman pakai tu,
                                                                       dah nak cepat,
                                                                       so pakai jela..


sampai disini jela story iman..
k bubye

puasa

malam last puasa,shopping lah..
keluar dengan family-family,shopping macam-macam beli nya kakak iman ni ,dia lah paling banyak shopping..
start pukul 11 am sampai 11 pm shopping je..
memang penat lah kan tapi besttt..


pukul 7 pm time bukan puasa,
family pun tanye nak buka dekat mane ni,pastu cari lah kedai makan..
perghh kedai makan semua nya penuh ,adoi nak makan mane ni..
pastu try cari juga ,last-last makan lah dekat KENNY ROGERS ROASTER ,
makanan boleh tahan lah..

                                 nyum nyum




tu je nak cerita ..
bubye

Wednesday 8 February 2012

time kene chicken pox . o.0

hmm mula-mula kena chicken pox dalam family iman adalah kakak iman ,lepas dia baik ,adik iman pula kena dan lepas adik iman baik ,anak saudara iman pula kena dan iman juga ,hmm ingat kan iman tak kena tapi kena juga ,hmm geram betul..
iman lah pun paling teruk kena chicken pox nya..satu badan habis dengan chicken pox ,ngeee memang duduk rumah je..
lama gila nak tunggu demam chicken pox baik ,iman nak keluar jalan-jalan pun tak boleh..
ni gambar bila iman kena demam chicken pox ,time ni dah nak baik demam chicken pox ..


nampak tu..
habis tangan-tangan iman dan muka-muka iman..
sampai sekarang ada lagi bekas-bekas hitam dekat kaki iman ..
lepas baik iman pun apa lagi, enjoy balik lah ..
hihihihi
yaho00

k lah,bubye

barang-barang iman untuk buat rambut ..







niey lah barang-barang nyee..

sampai lah mama iman bising,cuz buang duit beli minyak rambut jew..
hihihihi sorry mama..
kalau nak keluar je mesti iman buat rambut dulu,buat rambut ambik mase dalam 40 minit baru siap,
tu pasal family-family iman selalu bising,dorang cakap "tak habis-habis dengan rambut kamu tu"..
hihihi
best pakai minyak rambut gatsby..
bile pakai je nampak macam kering n kemas,macam-macam rambut boleh buat..
itu sebab lah iman suke pakai gatsby..



k bubye

Saturday 21 January 2012

Dengkuran Misteri Dari Langit ..



SHAH ALAM – Kejadian bunyi dengkuran kuat diselang-seli bunyi nyaring frekuensi radio yang berlaku di Kota Samarahan, Sarawak pada malam 11 dan 12 Januari lalu menggegarkan banyak kampung sekitar dan terus menjadi misteri hingga kini.
Salah seorang saksi, guru, Mohammad Ferdauz Jumain, 28, berasal dari Kampung Meranek menceritakan semula detik tersebut berkata, dia terjaga pada jam tiga pagi kerana gangguan bunyi misteri tersebut yang terlalu kuat.
Dia berkata, bunyi itu seolah-olah bunyi dengkuran dari kaki langit namun tidak mengetahui dari mana puncanya.
“Pada mulanya, saya tidak mengesyaki apa-apa pun, tetapi semakin lama bunyi tersebut semakin kuat. Saya mengejutkan ibu dan ayah, kami terus tertanya-tanya bunyi apa itu. Saya juga sempat menghubungi dan menghantar SMS kepada beberapa kawan terdekat, mereka juga terdengar bunyi yang sama.
“Semakin pelik dengan bunyi itu, saya dan ayah mengambil keputusan memeriksa di luar rumah tetapi kami terkejut kerana bunyi itu dari tempat yang jauh, jiran-jiran saya yang lain pun terjaga,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Ayahnya, Jumain Abang, 69, penduduk asal Kota Samarahan menjelaskan, sepanjang hayat itulah kali pertama dia terdengar bunyi dengkuran yang amat kuat dari langit.
“Kita hanya boleh berdoa kepada ALLAH semoga segalanya selamat dan tidak berlaku apa-apa, mungkin bunyi itu boleh dijelaskan oleh mereka yang pakar,” katanya.
Ditanya mengenai dakwaan beberapa pihak yang mengatakan bunyi tersebut berpunca dari kilang kelapa sawit berdekatan, Ferdauz menafikan dakwaan itu kerana bunyi enjin memproses kelapa sawit tidak mungkin didengari sehingga ke Kampung Muara Tuang yang sejauh 10 kilometer.
Katanya lagi, pada malam pertama kejadian, jiran sekeliling keluar beramai-ramai dari rumah kerana berasa amat pelik di samping perasaan yang takut dan panik.
“Pada malam kedua (12 Januari) saya dan penduduk sekitar Samarahan sudah bersedia untuk merakamkan kejadian tersebut dan Alhamdulillah kami berjaya merakamnya,” katanya.
Jurutera komputer, Mohd Adzil Yusuf, 28, yang tinggal di Desa Ilmu, kira-kira tiga kilometer dari Kampung Meranek turut mendengar bunyi tersebut namun tidak mengesyaki apa-apa pada mulanya.
“Selepas kejadian malam pertama kecoh, saya mengambil keputusan untuk memeriksa sendiri kilang kelapa sawit yang dikatakan punca bunyi itu, namun saya dapati kilang itu tidak mengeluarkan bunyi apa pun,” katanya.
Mengulas mengenai dakwaan dan teori banyak pihak di laman-laman web yang mengatakan bunyi itu berpunca daripada program High Frequency Active Auroral Research Programme (HAARP), Ferdauz tidak menolak kemungkinan itu kerana pada malam kejadian dia sempat melihat awan di langit dalam keadaan ‘bergaris-garis’.
“Bentuk awan pada malam itu seolah seperti kesan asap kapal terbang lurus dalam pertunjukan udara tetapi banyak, jadi berdasarkan kajian saya, kemungkinan HAARP menjadi punca itu ada,” katanya.
HAARP adalah program penyelidikan berkaitan ionosfera dan dinaungi sepenuh oleh US Air Force, US Navy, University of Alaska dan Defense Advanced Research Projects Agency (DARPA).
DARPA adalah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk membina pelbagai senjata berteknologi tinggi untuk kegunaan ketenteraan Amerika Syarikat.
HAARP berselindung dengan aktiviti penyelidikan saintifik yang kononnya menyelidik lapisan ionosfera bagi meningkatkan lagi penggunaan sistem komunikasi dan pemantauan cuaca.
Tapak penyelidikan HAARP yang berada di Gakona, Alaska menempatkan peralatan berteknologi tinggi iaitu Ionospheric Research Instrument (IRI).
IRI adalah sebuah instrumen yang menghasilkan frekuensi radio berdefinisi tinggi sekitar 2.7MHz sehingga 10MHz.
IRI mampu memancarkan frekuensi ke lapisan yang terhad untuk dicapai iaitu di lapisan Ionosfera dan menghantar kembali isyaratnya ke bumi.
Apapun sehingga kini, belum ada jawapan jelas mengenai apa sebenarnya yang berlaku di Kota Samarahan dan beberapa buah kawasan di dunia sejak tahun lepas.
Yang pasti, bunyi yang aneh dan menggerunkan itu akan terus menghantui penduduk selagi tiada jawapan yang jelas mengenainya.
Daripada maklumat, sehari sebelum kejadian ini perkara yang sama turut berlaku di Aaborg, Denmark bahkan bunyi aneh yang menakutkan ini pernah didengar dan direkodkan di Sweden pada 1 November tahun lalu.

Bunyi ‘Aneh Dan Menakutkan Dari Langit’



Insiden ‘bunyi aneh dan menakutkan’ dari langit yang kedengaran di Kota Samarahan, Sarawak pada 11 dan 12 Januari lalu kini mendapat perhatian antarabangsa apabila artikel mengenainya yang disiarkan di The Borneo Post mula dibincangkan secara hangat di dalam internet di seluruh dunia.
Pada yang belum tahu, sehari sebelum kejadian pada waktu mejelang Subuh itu berlaku, terjadi perkara yang sama di Aaborg, Denmark.
Bahkan bunyi aneh dan menggerunkan tersebut pernah direkodkan di Sweden pada 1 November tahun lalu
The Borneo Post tempoh hari melaporkan satu bunyi aneh telah kedengaran di Kampung Meranek, Kota Samarahan yang mencetuskan ketakutan dan kegelisahan penduduknya.
Tidak lama selepas bunyi itu kedengaran, satu kejadian gempa bumi kuat (7.3 skala Richter) berlaku di Sumatera, Indonesia.
Bagaimanapun masih tidak dapat dipastikan sejauh mana kaitannya antara bunyi aneh itu dan kejadian gempa bumi tersebut.
sila rujuk di sini : http://www.theborneopost.com/2012/01/15/rumble-in-the-sky-over-samarahan/
Sementara itu Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi, Datuk Fadillah Yusuf tidak mahu terus membuat konklusi mengenai perkara itu.
Katanya, beliau perlu terlebih dahulu mendapatkan maklumat saintifik mengenainya daripada Jabatan Metrologi.
Selain daripada kejadian gempa bumi di Sumatera itu, ada juga teori yang mengaitkan bunyi aneh itu dengan sebuah program yang dikenali sebagai High Frequency Active Auroral Research Programme (HAARP)
HAARP adalah program penyelidikan berkaitan ionosfera dan dinaungi sepenuh oleh US Air Force, US Navy, University of Alaska dan Defense Advanced Research Projects Agency(DARPA).
DARPA adalah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk membina pelbagai senjata berteknologi tinggi untuk kegunaan ketenteraan Amerika Syarikat.
HAARP berselindung dengan aktiviti penyelidikan saintifik yang kononnya menyelidik lapisan ionosfera bagi meningkatkan lagi penggunaan sistem komunikasi dan pemantauan cuaca.
Tapak penyelidikan HAARP yang berada di Gakona, Alaska menempatkan peralatan berteknologi tinggi iaitu Ionospheric Research Instrument(IRI).
IRI adalah sebuah instrumen yang menghasilkan frekuensi radio berdefinisi tinggi sekitar 2.7MHz sehingga 10MHz.
IRI mampu memancarkan frekuensi ke lapisan yang terhad untuk dicapai iaitu di lapisan Ionosfera dan menghantar kembali isyaratnya ke bumi.
Apapun sehingga kini, belum ada jawapan jelas mengenai apa sebenarnya yang berlaku di Kota Samarahan dan beberapa buah kawasan di dunia tempoh hari.
Yang pasti, bunyi yang aneh dan menggerunkan itu akan terus menghantui penduduk selagi tiada jawapan yang jelas mengenainya..