Followers

Saturday 22 September 2012

wahai si adam ..


‎’Wahai Adam, jangan pernah segan menegurku bila aku salah di matamu. Kerana sesungguhnya Allah membentuk hatiku dari daging yang paling lembut agar ku mudah tersentuh dengan segala nasihat. Mataku begitu mudah menangis dengan sentuhan sedikit saja. Namun ingatlah adam, aku hawa dari tulang rusukmu yang paling bengkok, maka fitrahku memang untuk bengkok, maka jgn memaksa untuk meluruskanku, kerana kau akan menemukanku patah,sekali ku patah tak akan mampu kau sambung lagi. Namun, jangan pula membiarkanku terus dalam keadaan bengkok, tapi cubalah meluruskanku dengan hikmah dan bijaksana. Maka kau pun akan menemukanku lurus bahkan mampu mengukuhkanmu..’

“Hendaklah kamu menasihati para wanita dengan sebaik mungkin, kerana sesungguhnya wanita itu dijadikan daripada tulang rusuk, sesungguhnya bahagian yang paling bengkok pada tulang itu ialah yang di sebelah atasnya; apabila kamu mahu meluruskannya patahlah ia, dan sekiranya kamu membiarkannya kekallah ia dalam keadaan bengkok. Oleh itu tolonglah kamu nasihati para wanita dengan sebaik-baiknya.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim dan Abu Hurairah) ..



No comments:

Post a Comment