Followers

Sunday, 4 December 2011

Cara Nak Tahu girl Dara or not?

Cara nak tahu dara?





Dahi
Jika perempuan masih suci, dahinya licin. Kedutan yang muncul berlainan dengan kedutan disebabkan faktor usia. Kedutan suci ini tidak begitu ketara dan tidak begitu nampak kecuali ketika muka menunjukkan reaksi tertentu seperti sedang ketawa dan bercakap. Kaedah ini mungkin tidak praktikal jika seseorang menggunakan suntikan botox, vitamin C dengan collagen dan sebagainya.
Perut
Perempuan yang pernah melakukan hubungan seksual, perutnya akan mengembang dan kelihatan buncit sedikit. Buncitnya berlainan daripada buncit kegemukan.
 Bibir
Kebiasaannya, bibir yang tidak pernah dicium tidak menarik. Apabila bibir bertemu bibir, ada pergerakan darah akan mengalir ke bibir dan membentuk bentuk yang lebih menarik. Tetapi secara genetik, mungkin terdapat gadis yang bibirnya semulajadi cantik. Jadi, tidak perlulah lakukan suntikan tebalkan bibir jika bibir tidak cantik. Jika sudah berkahwin, rajinkan diri mencium suami. Muahahahaaaaa.


Punggung
Kalau punggung ni, aku rasa ramai yang boleh nampak perbezaannya. Bentuk punggung perempuan yang kehilangan dara akan kelihatan terjatuh ke bawah dan melebar err betul ker ayatnya kerana berlaku rangsangan nafsu ketika hubungan yang mana juga merupakan penyesuaian badan perempuan untuk mengandung.
Tumit
Kaedah mudah yang selalu digunakan oleh orang tua-tua dahulu dengan memicitkan bahagian tumit. Sekiranya selepas picit darah kembali dengan cepat, menunjukkan masih dara. Jika kembali dengan lambat, akan dicurigai.
Telinga
Telinga perempuan yang masih dara akan kelihatan kemerahan dan cantik berbanding gadis yang tidak dara yang mana kelihatan leper dan tidak menawan. Tapi Cara yang tidak praktikal kerana mungkin dihalang oleh faktor keturunan.
Tapi ada juga beberapa kaedah lain seperti Applied Kinesiologi dan sebagainya untuk menguji.





Oh! Sekolah Seks Pertama Tawar Praktikal..



VIENNA – Seorang wanita Sweden membuka sekolah seks antarabangsa pertama di dunia dengan menawarkan ilmu menjadi kekasih yang lebih baik.
Dengan kos kira-kira RM6,900 untuk satu semester, Sekolah Seks Antarabangsa Austria di Vienna itu menerima penuntut yang berminat mengetahui selok-belok menjadi kekasih yang memuaskan pasangan.
Media semalam melaporkan, Ylva-Maria Thompson menawarkan ilmu menggoda secara praktikal kepada sesiapa yang berminat.
Menurutnya, sesiapa saja yang berusia lebih 16 tahun layak menyertai ‘kolej seksual amali pertama di dunia’ itu.
“Penuntut akan tinggal dalam blok penginapan yang bercampur lelaki dan perempuan bagi membolehkan segala ilmu yang dipelajari dicuba,” katanya.
Menurut Ylva-Maria, pendidikan asas yang diberikan bukan berbentuk teori, sebaliknya praktikal.
Anda mungkin juga meminati:

Oh! Facebook Khas Untuk Orang Islam



Sekumpulan ahli perniagaan Islam mengumumkan rancangan di Turki untuk membina laman rangkaian sosial seperti Facebook tetapi dengan “nilai-nilai yang sihat” untuk pengguna muda dan juga orang Islam.
SalamWorld.com, akan membuat debut di internet tahun depan, “akan menjadi jalan untuk menyatukan belia dalam wawasan yang sama dan nilai-nilai Islam yang sihat di samping cuba untuk tidak meresap apa-apa maklumat yang tidak sihat,” kata Akhmed Azimov, inisiatif naib presiden.

Berpangkalan di Istanbul, dengan pejabat-pejabat di Moscow dan Kaherah dan penyelaras di 30 buah negara, laman web tersebut berharap untuk menarik 50 juta pengguna dalam tempoh tiga tahun, Azimov berkata kepada kira-kira 150 wartawan dari negara-negara Islam di Istanbul.
“Matlamat projek ini adalah untuk mewujudkan rangkaian tanpa apa-apa kandungan yang dilarang oleh agama,” kata Azimov. “Untuk mencapai matlamat ini, kita akan mempunyai satu pasukan yang besar daripada moderator dan akan ada penapisan sumber maklumat.
“Kami juga mengharapkan pengguna sendiri akan menapis kandungan.”
Azimov enggan membincangkan butir-butir pembiayaan tetapi berkata, “tidak ada masalah dengan itu,” sambil menambah pelabur-pelabur adalah dari sekumpulan ahli perniagaan dari dunia Islam.
Selain daripada kandungan yang dihasilkan pengguna, laman web ini akan menawarkan perkhidmatan seperti perundingan teologi dan panduan bandar terdiri daripada senarai lokasi masjid dan kedai-kedai makanan halal.
“Kita akan cuba untuk membuat ensiklopedia dalam talian, jenis Islam Wikipedia,” kata Azimov.

ISTERI TERLAMPAU CURANG TERHADAP SUAMI, SILAP SIAPA?



KUALA LUMPUR: Kes suami atau isteri curang mungkin bukan perkara baru hingga timbulnya istilah ‘makan luar’ dan ‘kekasih gelap’ di kalangan masyarakat kita. Bagaimanapun, kini timbul pula ‘trend’ baru di kalangan isteri curang apabila mereka lebih berminat memburu lelaki warga asing yang bekerjaya profesional.


Hasil temu bual Metro Ahad dengan empat isteri curang yang kini menjalin hubungan dengan lelaki warga asing, semuanya mengaku hubungan dengan kekasih masing-masing bukan setakat kawan biasa tetapi sehingga ke bilik tidur.


Alasan yang diberikan mereka di sebalik perlakuan keji itu ialah kecewa dengan sikap suami masing-masing yang disifatkan gagal menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga, selain hilang kepercayaan terhadap kewibawaan lelaki tempatan.




KES 1
MONA, 30, mula bosan dengan sikap suaminya yang gagal menjadi ketua keluarga selain penat memberi peluang selama enam tahun untuk lelaki itu berubah, dan akhirnya mula menjalin hubungan dengan ‘mat saleh’.


Wanita bertugas sebagai pakar perunding kecantikan di ibu kota itu berjinak-jinak dengan mat saleh beberapa bulan selepas melahirkan anak angkara suami yang kerap lepas tangan dalam pelbagai perkara membabitkan rumah tangga serta tanggungjawab lain.


“Ia bermula pada 2004 apabila suami yang saya kahwini atas dasar cinta menunjukkan tanda tidak akan mengubah sikap lepas tangan dalam pelbagai perkara, selain gagal memimpin dan mendidik saya menjadi ‘isteri’.


“Saya mula mencari kenalan di laman web sembang dan sepanjang lima tahun ini saya berkenalan dengan enam lelaki mat saleh berasal dari Jerman, Sweden, Belgium, Australia dan Amerika Syarikat (AS). Lima daripada mereka sanggup terbang ribuan kilometer semata-mata mahu menjalin hubungan dengan saya,” katanya.


Menurut Mona yang berasal dari Sarawak, ia juga berlaku selepas mendapati suaminya turut makan luar dan tidak kisah jika dia mempunyai kekasih gelap.


Suami Mona pernah memperkenalkannya dengan seorang lelaki mat saleh dan tahu isterinya turut mengadakan hubungan seks dengan warga asing terbabit.


“Walaupun suami isteri, kami seolah-olah hidup dalam dunia sendiri dengan masing-masing sibuk menjalin hubungan dengan sesiapa yang dianggap sesuai.


“Akhirnya saya bosan dan berharap suami berubah perangai demi menyelamatkan rumah tangga. Namun, ia tinggal harapan. Saya bukan mahu wang atau harta menggunung, sebaliknya setakat perhatian, kasih sayang selain mampu membimbing saya dunia dan akhirat,” katanya kesal.


Menurut Mona, dia tidak memilih lelaki tempatan sebagai pasangan kerana beranggapan mereka sama saja dengan suaminya yang disifatkannya memiliki mentaliti lemah, tiada integriti selain mengharap hasil pendapatan isteri.


Ini kerana suaminya bukan saja kerap bertukar-tukar kerja, malah gemar meminjam wang daripada ceti haram semata-mata mahu mengekalkan gaya hidup mewahnya.


“Selepas dua tahun berkahwin, baru saya tahu suami meminjam wang belasan ribu ringgit daripada ceti haram. Ketika itu baru saya tahu mengapa dia sering kekurangan wang dan meminta daripada saya, termasuk untuk makan.


“Akhirnya saya mengalah dan tidak mahu berharap dia berubah. Selepas menjalin hubungan dengan mat saleh, saya dapati mereka bukan saja matang, malah dalam banyak perkara menunjukkan tahap mental dan fizikal tinggi,” katanya.


Bagaimanapun, Mona mengaku lima mat saleh yang dikenali dan menjalin hubungan dengannya hanya sekadar untuk seks dan keseronokan.


Mona kini serius menjalin hubungan dengan mat saleh keenam dalam hidupnya yang berasal dari Australia kerana beranggapan lelaki berusia lingkungan 40-an dan baru memulakan perniagaan di negara ini adalah orang yang dicari selama ini.


“Saya bersamanya sejak enam bulan lalu. Dengannya, saya diberikan perhatian, disayangi selain berasakan tidak disia-siakan.


“Mungkin saya boleh dianggap isteri curang, tetapi apa guna bersama suami jika dia juga main kayu tiga dan lebih teruk lagi, gagal memimpin saya sebagai isteri solehah. Malah, dia juga ada kalanya seolah-olah mengabaikan anak tunggal kami,” kata Mona.






KES 2


ANA, 29, berkenalan dengan Husin, 31, kira-kira setahun lalu selepas rumah tangganya bergolak angkara suami main kayu tiga dengan kenalan sendiri.


Perkenalan di sebuah kafe sekitar ibu kota mendekatkan Ana dengan Husin yang bertugas sebagai akauntan di sebuah syarikat multinasional hingga kini.


“Ramai pandang serong pada Husin memandangkan dia warga Bangladesh, tetapi saya tidak. Apa yang saya lihat selepas setahun bersamanya ialah dia bertanggungjawab, tidak kebudak-budakan, gemar merancang masa depan dan matang.


“Sikapnya jauh berbeza dengan suami saya yang sering mengongkong, cemburu buta dan tidak memberi galakan dalam perkembangan kerjaya saya. Lebih menyakitkan hati, dia ada hubungan dengan perempuan lain di belakang saya,” katanya.


Menurut Ana yang berasal dari Perlis, dia bukan berniat untuk curang kepada suami yang dikahwini selama empat tahun, mencari lelaki lain bagi memuaskan nafsu atau mendapatkan kemewahan, sebaliknya lebih kepada mencari kebahagiaan selama ini gagal ditemui bersama suaminya.


Ana yang tiada anak berkata, walaupun sebelum ini sukar bertemu Husin kerana gerak langkahnya dicurigai suami, dia kini gembira kerana semua itu berakhir.


“Kami dalam proses bercerai dan menunggu masa mendapatkan pengesahan rasmi daripada pejabat agama. Saya dan Husin merancang untuk berkahwin, tetapi bukan dalam masa terdekat. Kami juga tinggal bersama di sebuah kondominium di Ampang,” katanya.


Walaupun ada yang mencemuh tindakannya menjalin hubungan dengan lelaki asing, ia sedikitpun tidak menimbulkan masalah kepada Ana.


Tambahan pula, Husin pandai menjaga hati keluarganya, biarpun mereka masih tidak tahu Ana merancang berkahwin dengan lelaki Bangladesh itu.


“Hanya abang yang tahu hubungan saya dan Husin serius. Saya pernah beberapa kali bawa Husin bertemu ayah dan ibu, tetapi tidak menyatakan dia teman istimewa, sebaliknya hanya rakan.


“Mungkin dalam masa terdekat saya akan maklumkan kepada mereka hubungan kami kerana yang penting, ia direstui. Saya serik dengan hubungan lalu dan mahu bina hidup baru bersama Husin,” katanya.






KES 3


MIA, 40, adalah isteri lelaki kaya. Dia memiliki segala-galanya, terutama kemewahan yang diimpikan setiap wanita. Namun, disebabkan suaminya tidak mampu memenuhi tuntutan nafsunya, dia bertindak ‘cari makan’ di luar.


Dia yang memiliki seorang anak berkata, semua yang dikehendakinya mampu ditunaikan suaminya, kecuali dalam hal memberi nafkah batin.


“Meskipun dikelilingi kemewahan, saya tidak puas bersamanya. Satu hari ketika mengunjungi sebuah pusat beli-belah, seorang lelaki warga Russia berusia 20-an menegur saya.


“Dia memuji penampilan dan gaya saya sehingga saya berasa bangga. Kami sempat bertukar-tukar nombor telefon sebelum pulang,” katanya.


Sejak itu, kata Mia, mereka kerap berhubungan melalui telefon dan SMS. Menurutnya, lelaki terbabit yang juga penuntut universiti tempatan di negara ini kerap memujinya selain sangat mengambil berat, romantik dan kacak.


Mia berkata, disebabkan faktor itu dia mula tertarik dengan layanan siswa terbabit sehingga hubungan yang dulunya boleh dianggap seperti ibu dan anak bertukar menjadi seperti suami isteri.


Lelaki Russia itu tempat Mia meluahkan perasaan selain memenuhi tuntutan gelora nafsunya. Malah, sampai satu tahap, Mia menyerahkan satu bisnes berkaitan dunia teknologi maklumat kepada teman lelakinya sebagai tanda kasih dan sayang.


Dalam tempoh hubungan itu, banyak kemewahan dilimpahkan kepada lelaki terbabit tetapi bagi Mia, yang penting dia puas dan gembira.


“Dia bukan saja menjadi pemandu saya, tetapi teman sekatil saya. Saya bangga dan gembira apabila bersama dengannya. Namun tanpa disedari, sedikit demi sedikit dia mengikis kemewahan saya.


“Suami tidak tahu perbuatan saya dan saya bernasib baik kerana tiada sesiapa tahu hubungan saya dengan lelaki ini,” katanya.


Menurut Mia, meskipun berbeza usia, lelaki yang digelar ‘baby boy’ itu menepati ciri-ciri lelaki idamannya.



KES 4


NISA, 38, mula mencari makan luar selepas suaminya kerap ke luar daerah kerana terbabit dalam aktiviti perniagaan. Meskipun ada anak, hidupnya kesunyian dan dia perlukan perhatian dan kasih sayang suami.


Apabila kerap ditinggalkan di rumah, Nisa yang bertudung litup menjadi bosan dan mula menjalin hubungan cinta dengan lelaki warga Pakistan yang datang ke rumahnya untuk menjual permaidani.


Perkenalan singkat itu membibitkan rasa cinta apabila lelaki berusia awal 40-an itu pandai mengambil hati dan menghiburkannya.


“Hubungan kami bukan sekadar jatuh cinta saja, tetapi sampai ke tahap melakukan seks. Dia lelaki baik dan mengambil berat perihal diri saya.


“Saya senang setiap kali bersamanya, malah rasa bosan apabila dia tiada 

di sisi. Sukar mempercayai apabila begitu mudahnya kami bercinta hingga ke tahap seperti hubungan suami isteri,” katanya.


Menurut Nisa, bukan dia tidak menyayangi suami, namun kesibukan suaminya mewujudkan rasa bosan melampau sehingga sesiapa saja yang mendekati dirinya dilayan.


“Sukar untuk saya mengikis perasaan cinta dan sayang kepada teman lelaki sekarang biarpun menyedari hubungan ini tidak kekal lama,” katanya.


Artikel : Hmetro





cerita ni benar-benar terjadi di shah alam.. seram !!





Eh, Eh~ nak denga cite antu tak? ni bukan si kak limah tu. ni betol2 punye. huu~ skarang ni tengah heboh kat tempat ak pasal crite ni. n lokasi rumah tu slalu gak la ak lalu n memang agak mencuak kan. mengikut sumber, penulis ni ceritakan balik pengalaman die...




9 tahun lepas aku dpt smbung bljar kt uitm shah alam. So,perkara pertama yg kna fikir ialah aku nk duk mn sbb ak xdpt hostel. Oleh sbb kerajinan & keperihatinan yg ada kt aku n kwn2,maka dpt le aku ngn kwn2 aku umah sewa.....dekat2 area seksyen 2. Berhampiran ngan wet world [kalo korang tau la]. 
Uma tu bunglow 2 tingkat ngan 4 bilik. 3 bilik kt atas n 1 bilik kt bwh. Kitorg semua berlapan,kiranya 2 org utk 1 blk la. Aku ringkaskan je la,kitorg msuk umah tu ngan perasaan berbelah bahagi. best, suke, pelik, rimas, takut semua ada. 
Pertama,tuan umah hanya amik rm50 je sbg deposit n sewa prtama hanya byr bile msuk bln kedua kami duduk uma tu. Kiranya bln prtama ni free la....[?]


Kedua,tuan umah x bg kitorg bwk brg bnyk2 sbb nnt pnat nk angkat blk katanya... 
Ketiga,pokok ara tepi umah tu bsr sgt smpai dahan dia bleh msuk kt tingkap blk atas. 
Mlm pertama duk uma tu kitorg xtido sbb sibuk punggah n kemas brg+lyan dvd korea . Citer seramnya start ms hari kedua. xpayah nk tunggu mlm,siang2 pon kitorg dah kna kacau. Azmi "dagu" org first kena.
Ms tu br kol 10.30pg [anggaran aku la], si Azmi ni bgun nk memerut. So dia g la toilet bwh tu tp dlm toilet ada org [sbb pintu tutup]. Toilet atas plak rosak, tuan umah kta nnt dia btulkan. Tunggu punye tunggu, xkuar-kuar org dlm tandas ni. Jd Azmi ni memekik la soh cpt sket kuar sbb dia xtahan. Akibat jeritan c azmi ni, abis satu umah bgun gi tengok peehal. Yg peliknya, kitorg berlapan smua ada, abih tu sape yg kt dlm tandas ni? Pintu toilet lak berkunci siap ada bunyi org flush jamban lg.... Dlm reramai ni,Lan sorg je yg berani sket [mgkin psl dia ni keturunan bugis kot], dia g rentap pintu toilet tu smpai trbukak. Xde org tp dr kesan yg ad,pintu tu mmg dikunci dr dlm. Last2 si azmi xjdk berak...mngkin psl takut kot. 
Mlm tu kitorg kna lg teruk. 
Ms aku nyenyak tdo mlm tu tetiba jek ad org tarik dua2 belah kaki auk sampai jatuh dr katil. Kepala aku terhentak dulu kt lantai!! Ape lg,hangin la aku sbb ingat bdk2 nk wt pedajal kt ak tp bl aku bangun xde org plak. Yg ad cume c Lan yg ngah membuta kt katil atas. Ak x rs Lan yg buat sbb confirm dia tdo mati. Bl ak kuar bilik, ak dgr bdk2 ngah ketawe. Rupenya diorg ngah layan dvd kt hall bwh. Ak pon msuk blk balik sbb still bingung lg tp br ak terperasan ms ak ngah jengah kebawah td ak perasan Lan ada!! Bukan ke td ak nmpk dia ngah membute dlm bilik? Ahh suda... 
Dgn perasaan berani2 takut ak tgok atas katil Lan ada bonjol bwh selimut,kiranya mcm ad org la. Ak tarik kain selimut tu n guess what? ad batu nisan yg da retak2 dn otomatiknya blk ak diselubungi bau hapak+hanyir yg sgt2 kuat. 
Ms ni korg jgn tnya ak la ape aku buat sbb kalo menda ni jdk kt korg pon xkan korg nk stay lg dlm blk tu btol x? Ak rs kaki ak da x jejak tanah da sbb lari laju sgt. Aku lari kuar dr bilik tu & g ke hall sbb nk gtau member2 ak la kononnya tp yg mcm haram jadahnya member ak sorg pon da xde kt hall. Nk tau diorg kt ner? semua da duduk kt luar umah!! Rupanya diorg awal2 lg da kna kacau. Yg lakhanat nye, xde sorg pon kejutkan ak....taik betol diorg ni. 


Lepas diorg tenangkan aku, kitorg decide nk buat ape skang sbb skang ni da pkul 3 pg. Nk mtk tlg tok imam,umah tok imam pon kitorg xtau. Nk mtk tlg jiran, kiri kanan umah kitorg cina. Last2 salleh ajk lepak restoran hakim jek smpai pg. Bunyinya mcm senang tp memasing semua xpakai baju pastu pakai boxer ngan kain pelikat jek. Mau x mau trpaksalah jgk kitorg msuk uma tu balik sbb nk amik suar, wallet n kunci motor. 




Oleh sbb bilik c Bob ngan Naim je yg kt bwh, maka kitorg decide le nk pinjam baju n suar dia. Masing2 tkut nk naik tingkat atas. Wallet pn ak tinggal. Masing2 pakat gn duit naim lu. Nasib baik kunci motor kitorg sangkut kt dinding [tmp penyangkut]. Ms nk kuar dr rumah tu, Wak plak perasan ad bdk pompuan kt pintu dapur ngah senyum sambil babai tgn kt dia. Yg ak plak bole trperasan bdk tu jgk sbb ak tgk muka wak da kejung+pucat lesi. Sekali bdk tu senyum rs mcm nk trkincit dlm suar la... Kepala lutut ak menggigil sampai kt restoran hakim!!!!




Lepas smp kt restoran hakim tu,memasing sibuk buka cerita trmasuk ngan ak skali la. Memula Wak cerita la,mlm tu lebih kurang kol 12 lebih,dia sibuk download lagu tetiba ad bunyi mcm org baling batu kt tingkap bilik dia. Bl dia jengah,dia nmpk ad sorang pompuan duk kt atas pokok kayu ara sblh umah tu,pakai bju putih + kekuningan+ koyak2+ rambut panjang. Yg sadisnya,pompuan huduh tu boleh senyum kt dia plak. Wak ni ape lg tutup tingkap bilik dia n terus nk kuar g bilik ak la kononnya. Malangnye, lg sekor plak hantu duk kt dpn pintu bilik dia tp kali ni antu budak. So dia amik keputusan terjun dr tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik jek xpatah. 






Azmi "dagu" plak cter la yg dia nmpk ad bdk pompuan babai tgn kt dia[yg ni, ak pon kna gak ok]. Ak confirm yg bdk ni bkn manusia sbb ak tgk kaki dia xde!! Sam plak cter dia nmpk hantu tu kt siling umah! Bile buka mate jek, antu tu bebetol "eye to eye" ngan dia. Kiranya memasing semua kena kacau la ni. Dan ak org yg last cerita. 






Ak ckp la yg aku kna tarik dua2 kaki ms tido smp kepala ak terhentak kt lantai. Pastu ak ckp le yg ak nmpk diorg ngah layan dvd kt hall tp c Azmi tetiba nyampuk "bile ms plak kitorg tgk dvd ni?". Rerupanya xde sorg pon yg tgk dvd pg tu!! Dah tu, sape yg ak nmpk? haru betol.....kaki ak yg dr td menggigil makin brtambah kuat menggigil. 






Ngah sibuk2 berborak,aku terbau sesuatu yg kurang enak. member2 ak yg lain pon bau gak. Rupanya si Azmi ni td da terkencing dlm suar sbb takut sgt. Nasib baik mlm tu xramai sgt org kt Restoran Hakim tu. Malu betol. Ak plak bleh ternampak si Sam pakai selipar sebelah lain. Dr sibuk2 cter seram terus jdk cter klakar plak. 






Tengah sibuk2 ketawe, br kitorg perasan yg si Salleh ngan Naim xde ngan kitorg. Yg ad cume kami berenam. Ak, Azmi dagu, Sam banjar,Wak, Bob ngan Lan. Dlm ramai2 tu cuma Bob sorg jek yg bwk hp, so kitorg try call Naim tp xde org angkat. try call Salleh plak, sama gak xde org angkat. Pastu Lan amik hp Bob tu, dia bc apa ntah agaknye pastu dia soh Bob call naim lg skali. Bob call n bukak loud speaker. Korang tau ape jd? ad suare pompuan ngilai. Gila2 punye ngilai la sampai meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. Last2 kitorg sepakat akan tunggu smpai pg esok br blk umah tu semula n cari Naim ngan Salleh. Lepas dgr suare pompuan ngilai kt hp tu, xde sorang pon antara kitorg brckp....smp subuh!! 




Pukul 7.30pg br kitorg blah dr Hakim. Hati aku masih lg kuat berdebar-debar.Yg lelain ak xtau la. Smp kt dpn umah, ak tgk pintu umah ngan gate da trbukak seluas-luas nye. Ni kalo pencurik masuk ni, memang dia kaye sbb laptop,wallet ngan hp kitorg semua tinggal camtu aje. Bulu tengkuk aku masih lg meremang.Xde sape berani msk umah tu dulu...Aku ingat, ada la 20-30 minit kitorg duk tercanggak kt dpn umah sbb xde sape berani masuk. Ntah camne agaknye hp Bob berbunyi. Hati aku da x sedap. Jgn la kate antu tu call kitorg soh msuk umah. Lan yg angkat. Sebenarnya dlm reramai geng ak ni, Lan la yg paling berani tp kekadang dia jd penakut jgk la. Pihak hospital call, katanya Naim ad kt wad emergency hospital klang. Eksiden katanya. Pihak hospital kata, ada miss call dr no.hp Bob ni, tu yg dia call no.hp Bob ni...ooo00 br ak phm. Yg peliknya Naim eksiden? 
Memasing da serba salah jadinya. Bingung pon iye jgk. Xtau samada nk melawat Naim kt hospital klang or cari Salleh yg hilang. Akhirnya kitorg call tuan rmh utk tgk ape yg patut. Ak ngan Sam plak g hospital klang tgk keadaan naim cmne. Kalo mmg tenat sgt, ak inform yg lelain soh dtg la. Yg lain ak soh cari salleh kt keliling umah, takut2 dia kna sorok. Kami masing2 tawakal aje. Ms otw g hspital klang ni, ak xtau la c sam pecut smpai berape tp hati ak masih lg kuat ckp yg hal ni x abis lg. 
Smp hospital,aku terus cr Naim. Sebak betol hati ak tgk Naim serius parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek ngn keta or something else la. Kes dia ni langgar lari. Naluri ak kuat ckp yg umor Naim ni x panjang sbb darah bnyk gile kuar. Sam plak xsanggup tengok, air mata dia da berjurai-jurai cam air terjun. Doktor pon ckp yg dia ni da nyawa2 ikan,xdpt nk tlg bnyk. Ak duduk kt tepi Naim, dia bole brckp lg tp sangkut2. Dia mntk maap sbb buatkan kitorg jdk susah. Berulang-ulang kali dia mntk maap tp ak msh lg xdpt tangkap ape yg dia ckp ni. Akhirnya dia meninggal gak...Ak gagahkan hati ak tepon kengkawan lain gtau psl Naim da meninggal. Ak tgk Sam da trduduk kt tepi balkoni ngan mata merah sbb nangis bnyk sgt. X lama pastu parrents Naim dtg. Ak x sanggup nk tunggu lg n ajak sam balik shah alam.
Smpai kt umah, aku tgk ramai gler org ngah cari salleh tp xjumpe. Abis satu umah dia geledah. Lastly,ad org tua kt situ mntk tlg ngan sorang ustaz. Ak tak ingt pe name ustaz tu tp lepas asar br kitorg jumpe salleh duduk kt atas busut blkg umah. Yg herannya, da 5,6 kali org cari tp xde plak jumpe dia kt situ. x kisah la janji jumpe balik salleh ni. Kitorg pnye la suke jumpe c salleh ni blk. Memasing amik keputusan pindah dr umah tu haritu jgk. Kebetulan plak kt sek7 [pintu blkang uitm] ad satu umah utk disewa, kitorg pindah situ la. Brg2 naim kitorg angkut skali. Terus terang ak ckp, mmg ak hangin gile tgk muke tuan umah sbb xgtau yg umah ni "keras".ptut la dia soh byr rm50 jek dl pastu xbg bwk brg bnyk2. Chisss...... 
Aku demam 3 hari. 
Jenazah naim selamat dikebumikan kt Raub,Pahang. 
Seminggu lepas tu,keadaan da ok sket cume salleh jek yg sakit2 bdn. Akhirnya mulut aku trgerak nk tny salleh pe yg brlaku sbnrnye sbb sblm naim meninggal tu dia ada ckp kt aku soh tnya salleh satu rahsia. Rupenya ms hari 1st day kitorg msuk umah tu, Naim ngn salleh da wt hal. Dia g cangkulnya busut kt blkg umah tu. C naim plak boleh kuis2 ngan kaki dia. Mgkin psl tu la kaki dia eksiden kot [dlm hati aku la]. Pastu salleh cter la,kn ada mlm yg kitorg satu uma kna kacau tu dia ngn naim pon kna gak. Tp antu tu siap kejar diorg lg smp kt jln. Diorg punya la cuak smp lari ke tengah jln. Ntah mn dtgnya keta tetiba da hentam diorg. naim trcmpak kt tgh jln, yg dia plak kt tepi. Dtg keta lain terus lenyek kaki naim. Pastu,salleh kata dia terus xsedar pape smpailah kitorg jmpe dia atas busut tu. Yg peliknya,cmne dia boleh duk kt atas busut sedangkan dia kata dia da lari kt tgh jln bsr? Nape naim sorg yg kna teruk sgt tp salleh x? 
Akhirnya aku dpt jawapan sbnr. X lama lpas salleh cter ngn aku, dia jatuh sakit. Xtau la sakit pe tp 3 bln pastu dia meninggal. Famili dia sndiri bingung sbb doktor pon xtau sakit c salleh. Tp ak yakin, kes ni ada kaitan ngn busut yg diorg gi gali tu. Ak ngan geng2 ak yg lain smpat ziarah arwah salleh. Paling xbole tahan Bob sbb dia roomate ngan Naim. Mmg ak tau dia sedih sgt......Yg xbole ak lupe, kitorg semua nangis masa angkat jenazah salleh. Rs sedih sgt ms tu.. 
Aku, Azmi dagu, Sam banjar,Wak, Bob ngan Lan, semua skali slmt abiskan pgajian kt uitm ni. Buat naim ngn salleh, kitorg tetap akn ingat ko smp bebila...al-fatihah ..
p/s: kepada semua penduduk seksyen 2, awas










Nie berdasarkan true story..a
tpi memag betul pun..
pasal rumah berhantu..
yang bayar rm50 tu..
oke seram-seram..




bubye..